21ST CENTURY STEROL OATS mengandungi Oats, Plant Sterols, Omega 3 Fish Oil dan Psyllium. Sterol Oats adalah formula daripada bahan semulajadi yang membantu merendahkan kadar kolestrol dan lipid dalam darah. Hanya campurkan 2 sudu makan Sterol Oats ke dalam secawan air panas untuk minuman yang sedap, bernutrisi dan menyihatkan.
Oats
Kebelakangan ini semakin banyak kajian mengenai oats (nama sains iaitu Avena sativa) dijalankan kerana khasiatnya terhadap kesihatan. Pengambilan oats dipercayai dapat mengurangkan kadar kolestrol LDL dan risiko penyakit jantung. Pengambilan harian secawan oats boleh merendahkan kolestrol dalam darah, disebabkan kandungan serat larutnya. Oats mengandungi lebih banyak serat larut dan vitamin B berbanding bijirin yang lain. Serat larutnya dipanggil “beta glukan” yang terbukti merendahkan kadar kolestrol. Beta glukan dikenali sebagai “biological response modifiers” kerana kebolehannya mengaktifkan dan meningkatkan sistem imuniti. Oats juga satu-satunya bijirin yang mengandungi protein avealin sebagai protein simpanan utama. Protein ini mengandungi kernel oat dalam julat 12% hingga 24%, di antara yang tertinggi di kalangan serat. Kandungan serat, karbohidrat kompleks, dan protein yang tinggi melambatkan proses penghadaman, menstabilkan kadar glukosa dalam darah dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Ini membuatkan oats adalah pilihan ideal untuk hidangan yang menyihatkan terutamanya untuk sarapan pagi.
Plant Sterols
Plant Sterols (juga dikenali sebagai Phytosterols atau Stanols) sebatian yang terdapat secara semulajadi pada tumbuhan yang mempunyai sifat merendahkan kolestrol. Ia pemangkin penyerap kolestrol dan bertindak dengan merendahkan jumlah kolestrol yang diserap oleh usus. Plant Sterols menunjukkan penurunan kolestrol pada tubuh badan sebanyak 10% hingga 15% maka semakin banyak ianya digunakan dalam makanan sihat untuk membantu merendahkan paras kolestrol. US FDA mengesyorkan pengambilan sekurang-kurangnya 0.8 gram Plant Sterol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Omega 3 Fish Oil Powder
Asid lemak Omega 3 adalah asid lemak penting yang tidak boleh disintesiskan oleh badan manusia, akan tetapi penting untuk metabolisma normal. Minyak ikan Omega 3 mengandungi EPA iaitu asid lemak tak tepu yang dikenali sebagai mengurangkan inflamasi seluruh badan dan juga lain-lain manfaat. NIH turut menyenaraikan tiga kondisi kesihatan yang mana pengambilan Omega 3 disyorkan. Tiga kondisi ini adalah hipertrigliseridemia, penyakit kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan harian minyak ikan sebanyak 1g untuk pesakit yang menghidap penyakit jantung koronari.
Psyllium Husk
Psyllium husk juga dikenali sebagai ispaghula husk, digunakan secara meluas sebagai sumber serat terlarut yang tidak diserap oleh usus. Psyllium husk, selepas dicernakan, bertindak menyerap lebihan air, melembutkan tinja dan seterusnya menstimulasikan pergerakan usus. Psyllium husk secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut dan juga untuk meningkatkan dan mengekalkan pergerakan otot usus. Kajian terkini menunjukkan psyllium husk membantu menurunkan paras kolestrol dan mengawal diabetes. The American Journal of Clinical Nutrition telah menerbitkan kajian melibatkan kegunaan bijirin serat larut sebagai salah satu diet bermanfaat untuk rawatan kadar kolestrol sederhana hingga kadar yang tinggi. Kajian menunjukkan psyllium yang digunakan bersama-sama produk makana adalah efektif untuk mengurangkan glukosa dalam darah. FDA telah mengeluarkan kolerasi bermanfaat di mana pengambilan psyllium husk berkadar langsung dengan penurunan risiko penyakit jantung koronari. Kajian terbukti apabila serat larut psyllium, dengan diet rendah kolestrol dan lemak tepu, mempunyai potensi untuk merendahkan risiko penyakit jantung koronari.
Sumber: 21st Century
25 Januari 2012
22 Januari 2012
Happy Chinese New Year
Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat kawan-kawan dan seluruh masyarakat Cina. Semoga lebih kejayaan dan kekayaan menjadi milik kita semua.
Buat anda yang bercuti sepanjang cuti ini, hati-hati di jalan raya.
Buat anda yang bercuti sepanjang cuti ini, hati-hati di jalan raya.
21 Januari 2012
Pao Ni Kang merbahaya
Artikel dari akhbar Berita Harian, 21 Januari 2012 melaporkan produk tradisional Pao Ni Kang dibatalkan pendaftarannya kerana didapati mengandungi racun berjadual repaglinide.
Repaglinide adalah ubat terkawal untuk merawat penyakit kencing manis dan tak sepatutnya dicampur dalam produk tradisional.
18 Januari 2012
Amal '88888' untuk kekal sihat
Keratan akhbar Berita Harian 18 Januari 2012. Kata Menteri Kesihatan, kalau kita mahu kekal sihat, kita perlu amalkan 5 perkara yang berkaitan dengan angka 8 atau '88888'.
'88888' itu ialah:
- makan bila lapar, berhenti bila sudah 80% kenyang
- makan malam sebelum pukul 8
- minum paling kurang 8 gelas air sehari
- tidur 8 jam sehari
- berjalan kaki paling kurang 8000 langkah sehari
Selamat beramal!
11 Januari 2012
Tunas Manja Bera (2)
Selepas sebulan terbakar, Pasaraya Tunas Manja akan dibuka semula mulai Khamis, 12 Januari 2012. Pasti ramai yang ternanti-nanti dan tak sabar nak mengunjungi Tunas Manja yang baru ni. Tapi dengar khabarnya Tunas Manja baru ni tak menjual barang-barang basah macam ikan dan sayur.
Apa-apa pun masyarakat sekitar boleh lah mengunjungi Tunas Manja ni mulai esok.
01 Januari 2012
Tahun Baru 2012
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah bertemu pula tahun baru 2012 dan berlalu lah sudah tahun 2011 yang penuh warna warni. Semoga tahun yang baru ini membawa lebih banyak kemajuan dan kejayaan buat kita semua. Namun apa yang penting rahmat dan keberkatan serta redha Allah yang perlu diutamakan.
Apa-apa pun selamat menempuhi tahun 2012 yang pasti lebih mencabar.
Subscribe to:
Catatan (Atom)




