31 Disember 2011

Kandungan merkuri tinggi:Produk Tradisional Twee Hong Suah dilarang dijual

Pendaftaran produk tradisional Twee Hong Suah telah dibatalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana dikesan mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan iaitu melebihi 0.5mg/kg.
Produk ini digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi merawat cirit-birit, melegakan angin, loya, sakit perut, demam dan batuk.
Merkuri adalah sejenis logam berat yang jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, kulit mengelupas serta bengkak. Kulit juga boleh bertukar warna iaitu pipi, hujung jari menjadi merah jambu. Pada tahap yang serius, merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan otak.
Orang ramai dinasihatkan menghentikan penggunaan produk terbabit dan merujuk kepada doktor jika mengalami kesan keracunan atau sebarang ketidakselesaan akibat penggunaan produk terbabit.
Sumber: Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM

29 Disember 2011

Orang bertaqwa

Apa makna orang bertaqwa. Menurut ayat 2 dan 3 surah Al-Baqarah, orang-orang bertaqwa adalah mereka yang:

  1. Percaya kepada perkara-perkara ghaib (soal malaikat, syurga, neraka & lain-lain)
  2. Mendirikan solat
  3. Mendermakan sebahagian rezeki kurniaan Allah
  4. Percaya kepada kitab Al-Quran dan kitab-kitab Nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W
  5. Yakin adanya hari kiamat
Wallahu a'lam. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk kepada ustaz-ustazah atau ahli pakar agama.

28 Disember 2011

Zakat

Assalamualaikum. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ayat Al-Quran berkaitan zakat. Alhamdulillah syukur atas nikmat dan kurnia Allah, selesai sudah menunaikan salah satu rukun Islam ini.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari nikmat rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.

24 Disember 2011

Selamat Hari Natal

25 Disember 2011 adalah Hari Krismas. Kepada rakan-rakan dan semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian diucapkan selamat berhari raya Krismas.
Hari Krismas kali ini jatuh pada hari Ahad, bermakna keesokan harinya iaitu Isnin juga adalah hari cuti. 
Selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya.

Promosi

Promosi produk vitamin 21st Century di Farmasi Allcare Kerayong. Setiap botol produk vitamin jenama 21st Century ada diskaun 10%. Ini tak termasuk produk susu, serbuk protein dan oats.
Cepat, cepat datang ke Farmasi Allcare Kerayong atau hubungi kami. selagi stok masih ada.

11 Disember 2011

Tunas Manja Kerayong, Bera terbakar




Pada awal pagi Ahad, 11 Disember 2011 mendapat khabar mengejutkan, Pasaraya Tunas Manja Kerayong, Bera terbakar. Habis semuanya dijilat api termasuk Pasaraya Borong Sakan dan beberapa buah kedai lain.
Kejadian dipercayai akibat litar pintas berlaku kira-kira 2.30 pagi bermula dari tengah bangunan. 
Kejadian ini amat memeranjatkan terutama buat masyarakat dalam daerah Bera. Ini kerana pasaraya ini menjadi tempat paling utama bagi mereka membeli barang keperluan dapur dan harian.
Dipercayai kejadian ini akan mengubah corak dan destinasi berbelanja masyarakat sekitar Bera. Mungkin ini juga memberi peluang peniaga-peniaga dan pengusaha kedai-kedai runcit di kawasan pedalaman Felda sekurang-kurangnya buat masa terdekat ini.
Walaubagaimanapun, simpati buat peniaga-peniaga yang terbabit dalam kejadian ini. Sabar atas ujian.

09 Disember 2011

Marrybrown

Terbaru di Bera. Restoran Marrybrown baru dibuka di Bera awal bulan Disember 2011 baru-baru ni. Ramai sungguh orang menyerbu Marrybrown, nak rasa menu-menu yang dihidangkan di situ.
Melihat dari jauh, restoran Marrybrown ni memang cantik. Landskap yang menarik dan ramai juga yang tak melepaskan peluang mengambil gambar di sekitar kawasan restoran terbabit.
Rasanya tak keterlaluan kalau dikatakan Marrybrown ni antara yang tercantik di Malaysia.