26 Oktober 2011

Happy Diwali

Selamat Hari Deepavali buat rakan-rakan yang menyambutnya. Semoga Diwali ini membawa keceriaan dan kebahagiaan buat anda semua.
Hati-hati di jalan raya. Happy Diwali!

24 Oktober 2011

Hari Keputeraan Sultan Kami


DAULAT TUANKU !!

Merafak Sembah Menyembahkan Ucapan Setinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda Pada 24 Oktober 2011.
Semoga Allah Memberkati Pemerintahan Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah Takzim Daripada:
Pengurus & Semua Kakitangan
Farmasi Allcare Kerayong
Bandar Bera, Pahang Darul Makmur

09 Oktober 2011

Ubat Lami - Maklumat buat penggemarnya

Walaupun sudah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ubat Lami, kapsul merah kuning masih lagi dicari dan digemari oleh sesetengah orang yang terdesak untuk menguruskan badan.
Ubat tradisional Lami ini dipercayai dibawa dari negara jiran Indonesia. Harga memang murah, dalam lingkungan RM20.00 sahaja. Sebab itu ramai yang gemarkannya kerana tidak berkemampuan atau tidak mahu berbelanja besar untuk membeli produk yang lebih tinggi harganya seperti Jus Mate 5, SD II, Rx Lite dan yang seumpama dengannya.
Sebab apa ubat tradisional Lami ini diharamkan? KKM telah menjalankan ujian ke atas Lami dan didapati ubat Lami ini mengandungi bahan larangan Sibutramine. Sibutramine adalah ubat kawalan yang hanya boleh diberi oleh doktor kepada pesakit obes yang mana ia perlu diawasi oleh doktor. Tidak boleh diambil sewenang-wenangnya kerana risiko kesan sampingan yang berbahaya. Buat pengetahuan anda di luar sana, Sibutramine ini pun telah diharamkan oleh KKM untuk penggunaan di mana-mana hospital, klinik atau farmasi di Malaysia. Bermakna, Sibutramine ini memang tidak boleh dijual oleh klinik atau farmasi berdaftar sekalipun.
Apakah kesan sampingan Sibutramine? Sibutramine boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok bagi mereka yang mempunyai sejarah masalah jantung. Tekanan darah, denyutan jantung serta nadi juga boleh naik, sebab itu perlukan pengawasan oleh pakar berkaitan.
Kesan-kesan lain yang direkodkan adalah loya dan muntah, mulut menjadi kering, masalah perut dan sembelit, sukar tidur, mengantuk, pening kepala, perubahan 'mood' dan kekeliruan dan macam-macam lagi.
Untuk maklumat lain produk Lami boleh klik sini.
Selain daripada itu, ubat Lami didapati tidak berdaftar dengan KKM. Produk tidak berdaftar mengundang risiko kesan mudarat yang tidak diketahui kerana tidak diuji oleh badan-badan bertanggungjawab di makmal.
Untuk mengetahui ciri-ciri produk berdaftar atau tidak boleh klik sini.
Jadilah pengguna yang bijak, pastikan produk berdaftar baru beli. Jangan lah mudah terpengaruh dengan iklan atau dengar cakap orang-orang yang tidak bertauliah. Rujuk lah kepada doktor atau ahli farmasi anda.


02 Oktober 2011

Niquitin Patch - Bantu berhenti merokok

Sebut sahaja Niquitin hampir semua orang tahu - produk untuk berhenti merokok. Dengan strategi pemasaran yang berterusan, syarikat pengeluar berjaya menjadikan produk ini hangat dan laris di pasaran.
Selain daripada lozenge atau jenis hisap macam gula-gula, terdapat juga jenis tampalan atau patch. Bagi mereka yang tak gemar jenis lozenge atas alasan rasanya yang kurang sedap, malas nak menghisap, takut tercekik atau apa-apa sahaja alasan, jenis tampalan menjadi alternatif.
Faktor kejayaan untuk berhenti merokok adalah bergantung juga kepada sikap, keinginan dan kesungguhan pengguna. Kesungguhan dan semangat untuk berhenti merokok mempengaruhi faktor kejayaan.
Macam mana nak guna produk ni? Satu patch dipakai setiap hari selepas dari bangun tidur. Patch yang baru hendaklah ditampal pada bahagian kulit yang bersih, kering dan kurang berbulu. Selepas tampal, patch ditekan dengan lembut menggunakan tapak tangan selama 10 saat supaya betul-betul melekat. Bahagian yang sama tak boleh ditampal lagi selama sekurang-kurangnya 7 hari atau seminggu. Selepas seminggu barulah bahagian yang sama boleh ditampal semula.
Ada orang tanya, boleh tak mandi bila pakai Niquitin patch. Jawapannya boleh jika ia dipakai dengan sempurna (tapi bagi orang Islam yang nak mandi wajib, kena tanggal lah).
Niquitin patch hanya sesuai diguna oleh orang dewasa berumur 18 tahun ke atas. 
Bagaimana dengan dos? Niquitin patch didatangkan dengan 3 kekuatan dos atau strength. 21mg, 14mg dan 7mg. 
Bagi yang menghisap 10 batang atau lebih rokok sehari hendaklah menggunakan dos 21mg.
Bagi yang menghisap kurang 10 batang rokok sehari boleh menggunakan dos 14mg.
Selama mana nak guna? Biasanya dos permulaan digunakan untuk 6 minggu. Kemudian dos dikurangkan untuk selama 2 minggu.