31 Ogos 2011
Merdeka
Selamat menyambut Hari Merdeka ke 54 negaraku Malaysia. Moga bumi bertuah ini terus aman dan harmoni di sebalik pelbagai isu dan kontroversi.
29 Ogos 2011
Salam Aidil Fitri
Selamat hari raya Aidil Fitri buat semua umat Islam. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang Insya Allah.
Bagi yang berkesempatan jemputlah datang ke Jamuan Raya Farmasi Allcare Kerayong nanti.
Selamat hari raya, hati-hati di jalan raya !
Bagi yang berkesempatan jemputlah datang ke Jamuan Raya Farmasi Allcare Kerayong nanti.
Selamat hari raya, hati-hati di jalan raya !
23 Ogos 2011
05 Ogos 2011
Petua Tambah Berat Badan Dengan Vitamin & Suplemen
Adat kehidupan manusia. Yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk pulak. Sesetengah orang mempunyai kadar metabolisma yang sangat tinggi menyebabkan badannya terlalu kurus. Bagi mereka yang mempunyai masalah badan terlalu kurus, 21st Century mempunyai 4 produk yang boleh dicuba iaitu BCAA, Milk & Egg Powder, Spectrum Multivitamin dan juga Weight Gain Powder.
![]() |
| BCAA RM19.95 30 biji |
BCAA merupakan rumusan Asid Amino Rantai Bercabang Kompleks diperbuat dengan Vitamin B dan Mineral Terkelat untuk pertumbuhan sel, memelihara otot dan memperbaiki tisu. Ia digunakan secara meluas dan berkesan oleh para atlit lelaki dan wanita di Amerika.
![]() |
| Milk & Egg Powder 375g RM39.95 |
![]() |
| Spectrum Multivitamin & Minerals RM27.95 30 biji |
![]() |
| Weight Gain Powder-Chocolate 250g RM39.95 |
03 Ogos 2011
Petua Awet Muda Dengan Vitamin & Suplemen
Kebanyakan wanita memang inginkan wajah yang cantik, kelihatan lebih muda dan menawan. Macam-macam petua awet muda dan tips dicuba dan diamalkan. 21st Century menawarkan 3 produk khusus untuk tujuan ini. Jom cuba!
![]() |
| Elastin Collagen RM29.95 30 biji |
![]() |
| Women's Multivite RM29.95 30 biji |
![]() |
| Herbal Hair Plus RM29.95 30 biji |
02 Ogos 2011
Kopi K untuk Kuatkan Stamina
Bagi mereka yang gemar mencari-cari ubat kuat dan meningkatkan stamina serta tenaga, Kopi K adalah produk yang perlu dicuba. Minuman ini sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
![]() |
| Kopi K dan Kopi K Sugar Free RM29.90 satu tin 15 bungkus |
Kopi K, produk premium daripada Forest'secret diformulasikan secara istimewa daripada Tongkat Ali / Pasak Bumi, Akar Haji Samad, Ginkgo Biloba, Ubi Jaga, Cordyseps Sinensis, Noto Ginseng dan Panax Ginseng. Tak sama dengan minuman lain, Kopi K amat kaya dengan kandungan herba dan amat sesuai sebagai minuman tenaga.
Kopi K Sugar Free tidak mengandungi gula dan memang sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis.
Rasanya memang enak dan amat baik sekali untuk kesihatan badan secara keseluruhan. Cuba lah hari ini!!
01 Ogos 2011
19 Sebab Kenapa Perlu Ambil Vitamin & Suplemen
1. Masalah Penghadaman
Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besra dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
2. Kopi, Teh Panas & Rempah
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
3. Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
4. Merokok
Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
5. Julap / ubat sembelit / ubat kurus
Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
6. Fad Diet
Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
7. Makanan Terlebih Masak
Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
8. Makanan Diproses (dalam tin)
Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
9. Makanan Segera
Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
10. Antibiotik
Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
11. Alahan Makanan
Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium
12. Kehilangan Nutrien Tanaman
Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
13. Kemalangan dan Penyakit
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
14. Tekanan atau Stress
Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
15. Sindrom pra haid
Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
16. Remaja
Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
17. Wanita Hamil
Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
18. Pil Perancang
Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
19. Warga Emas
Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
Sumber: Ensiklopedia Vitamin & Herba 21st Century

Subscribe to:
Catatan (Atom)