Farmasi Allcare Kerayong mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh kaum muslimin dan muslimat.
31 Julai 2011
Selamat Berpuasa
Bagi penduduk daerah Bera dan sekitarnya, dapatkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan Bera & kawasan sewaktu dengannya di Farmasi Allcare Kerayong sekarang secara percuma.
Selamat berpuasa, semoga Ramadhan kali ini penuh makna.
26 Julai 2011
Steroid disalahguna untuk tambah berat badan
Paparan akhbar Berita Harian hari ini mendedahkan terdapat sesetengah pihak menjual ubat terkawal steroid kepada orang ramai bagi tujuan menambah berat badan. Steroid dexamethasone memang boleh menambah berat badan dengan cepat tetapi mempunyai pelbagai kesan sampingan yang amat memudaratkan. Antara kesan buruk akibat pengambilan steroid tanpa kawalan dan nasihat doktor, sila rujuk entry lepas atau klik di sini.
Aktiviti seperti ini memang banyak dan semakin berleluasa. Di pasar malam pun ada yang menjual pil steroid dan juga ubat antihistamin chlorpheniramine secara bebas tanpa ada kawalan. Penjual mempromosi ubat ini sebagai penawar resdung mujarab.
Hal ini berlaku kerana adanya permintaan dan kurangnya pengetahuan di kalangan pengguna terutama penduduk-penduduk di luar bandar dan pedalaman mengenai pentingnya mengguna ubat yang berdaftar dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk mengetahui ciri-ciri produk berdaftar, sila klik di sini.
22 Julai 2011
Video gambar aktiviti Farmasi Allcare
Mari tengok video gambar aktiviti Farmasi Allcare Kerayong di Youtube. Aktiviti & program sejak dari pembukaan pada Jun 2009 sehingga Mac 2011.
Jom tengok. Klik di SINI.
20 Julai 2011
Hong Kong tarik antibiotik Augmentin dari pasaran
Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan pihak berkuasa Hong Kong mengarahkan syarikat pengeluar ubat GSK menarik balik antibiotik Augmentin dari pasaran.
Kajian Jabatan Kesihatan Hong Kong mendapati ubat itu mengandungi bahan pelentur plastik termasuk diisodecyl phthalate (DIDP).
Syarikat pengeluar akan menyiasat lebih lanjut.
Di Malaysia, belum dengar lagi mengenai perkara ini.
19 Julai 2011
Minuman Kolagen Total Image
| Total Image Collagen Drink RM118.00 sekotak 12 botol |
Apa pentingnya Protein kolagen? Protein kolagen membentuk jaringan halus bagi memerangkap lembapan supaya dapat menyokong struktur kulit. Wanita berumur 20-an mula melalui proses kehilangan kolagen dan proses penuaan pun bermula. Pada usia lebih kurang 25 tahun, kadar kehilangan kolagen akan sampai ke puncaknya. Pada usia 40 tahun, kandungan protein kolagen hanya akan tinggal separuh dibandingkan pada usia 18 tahun.
Kehilangan protein kolagen menyebabkan keanjalan kulit menurun. Ini mengakibatkan kulit berkedut, kering, kasar dan timbul liang-liang besar pada kulit serta bintik-bintik hitam.
18 Julai 2011
Hati-hati makan jering
Keratan akhbar Berita Harian, 16 Julai 2011 mengenai risiko bagi mereka yang suka makan jering. Kalau makan jering mentah sebagai ulam secara berterusan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.
Bagi mereka yang bermasalah buah pinggang, kencing berdarah atau sakit ketika membuang air kecil dinasihatkan mendapatkan rawatan & pemeriksaan doktor.
Sememangnya jering amat popular & digemari ramai orang. Ramai yang tidak tahu risikonya.
Bagi mereka yang bermasalah buah pinggang, kencing berdarah atau sakit ketika membuang air kecil dinasihatkan mendapatkan rawatan & pemeriksaan doktor.
Sememangnya jering amat popular & digemari ramai orang. Ramai yang tidak tahu risikonya.
17 Julai 2011
16 Julai 2011
Produk kumur-kumur berbahaya
Awal pagi ini seorang pelanggan wanita berbangsa Tionghua datang ke Farmasi Allcare Kerayong memberitahu satu produk kumur-kumur yang berbahaya. Baru-baru ini bos beliau telah membeli 3 botol produk Oral B dan ingin memulangkannya. Beliau mengatakan bosnya terbaca satu artikel dalam akhbar Sin Chew mengenai perkara tersebut.
Hasil semakan dan pencarian maklumat, rupa-rupanya produk yang dimaksudkan itu adalah Oral Guard Antiseptic - Antiplaque Mouthwash, bukan Oral B.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam ulasan terhadap laporan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 20 November 2010 menyatakan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura telah mengarahkan produk ini ditarik dari pasaran kerana didapati mengandungi bakteria Burkholderia cepacia. Bakteria ini biasa didapati dalam tanah, air & kawasan yang lembab. Bagi mereka yang mempunyai daya tahan badan yang lemah atau berpenyakit pernafasan kronik memang mudah dijangkiti bakteria ini yang boleh mengakibatkan penurunan fungsi pernafasan & boleh menyebabkan kematian.
Mereka yang terbeli produk ini dari negara jiran Singapura dinasihatkan supaya berhenti menggunakannya. Dapatkan nasihat dari mereka yang bertauliah dalam kesihatan.
15 Julai 2011
Promosi Ramadhan-Aidil Fitri
Bermula 15 Julai 2011 Farmasi Allcare Kerayong telah mengadakan jualan promosi bagi produk-produk terpilih sempena kehadiran Ramadhan tidak lama lagi dan juga Aidil Fitri.
Para pelanggan boleh mengunjungi Farmasi Allcare Kerayong dan dapatkan pelbagai barangan & produk dengan harga lebih rendah dari biasa. Masa promosi adalah terhad, stok juga adalah terhad.
Jom pergi Allcare!
14 Julai 2011
12 Julai 2011
11 Julai 2011
08 Julai 2011
07 Julai 2011
Fiesta Bera 2011 ke 2
01 Julai 2011
Henti Ambil 2 Produk Herba
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai menghentikan pengambilan 2 produk herba yang disahkan mengandungi beberapa bahan kimia berjadual.
Subscribe to:
Catatan (Atom)




