Pada awal pagi Ahad, 11 Disember 2011 mendapat khabar mengejutkan, Pasaraya Tunas Manja Kerayong, Bera terbakar. Habis semuanya dijilat api termasuk Pasaraya Borong Sakan dan beberapa buah kedai lain.
Kejadian dipercayai akibat litar pintas berlaku kira-kira 2.30 pagi bermula dari tengah bangunan.
Kejadian ini amat memeranjatkan terutama buat masyarakat dalam daerah Bera. Ini kerana pasaraya ini menjadi tempat paling utama bagi mereka membeli barang keperluan dapur dan harian.
Dipercayai kejadian ini akan mengubah corak dan destinasi berbelanja masyarakat sekitar Bera. Mungkin ini juga memberi peluang peniaga-peniaga dan pengusaha kedai-kedai runcit di kawasan pedalaman Felda sekurang-kurangnya buat masa terdekat ini.
Walaubagaimanapun, simpati buat peniaga-peniaga yang terbabit dalam kejadian ini. Sabar atas ujian.
Walaubagaimanapun, simpati buat peniaga-peniaga yang terbabit dalam kejadian ini. Sabar atas ujian.




0 Comments:
Post a Comment