31 Disember 2011

Kandungan merkuri tinggi:Produk Tradisional Twee Hong Suah dilarang dijual

Pendaftaran produk tradisional Twee Hong Suah telah dibatalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana dikesan mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan iaitu melebihi 0.5mg/kg.
Produk ini digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi merawat cirit-birit, melegakan angin, loya, sakit perut, demam dan batuk.
Merkuri adalah sejenis logam berat yang jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, kulit mengelupas serta bengkak. Kulit juga boleh bertukar warna iaitu pipi, hujung jari menjadi merah jambu. Pada tahap yang serius, merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan otak.
Orang ramai dinasihatkan menghentikan penggunaan produk terbabit dan merujuk kepada doktor jika mengalami kesan keracunan atau sebarang ketidakselesaan akibat penggunaan produk terbabit.
Sumber: Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM

0 Comments: