19 November 2011

Johnsons Baby Shampoo bahaya?

Awal bulan lalu beberapa akhbar berbahasa Cina di Malaysia iaitu China Press, Sin Chew Daily dan Guang Ming Daily melaporkan sebuah badan di Amerika mendesak supaya pengeluar Johnson's Baby Shampoo menghentikan penggunaan bahan berbahaya dalam produk tersebut.
Ini berdasarkan laporan mengenai gesaan badan Campaign for Safe Cosmetics yang berpengkalan di Amerika Syarikat supaya pengeluar menghentikan penggunaan sejenis bahan iaitu Quarternium-15 sejak 2009 lagi. Menurut badan itu, amaun formaldehyde yang dihasilkan oleh Quarternium-15 yang diguna sebagai bahan pengawet boleh menyebabkan kanser.
Hasil semakan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa produk Johnson's Baby Shampoo yang ada di Malaysia adalah pada had yang dibenarkan iaitu 0.05%. Ini mematuhi garis panduan Guidelines Control of Cosmetic Products in Malaysia dan ASEAN Cosmetic Directive
Kesimpulannya, produk ini adalah selamat digunakan dan sehingga kini KKM belum pernah menerima sebarang laporan mengenai kesan buruk produk terbabit.

0 Comments: