26 Julai 2011

Steroid disalahguna untuk tambah berat badan

Paparan akhbar Berita Harian hari ini mendedahkan terdapat sesetengah pihak menjual ubat terkawal steroid kepada orang ramai bagi tujuan menambah berat badan. Steroid dexamethasone memang boleh menambah berat badan dengan cepat tetapi mempunyai pelbagai kesan sampingan yang amat memudaratkan. Antara kesan buruk akibat pengambilan steroid tanpa kawalan dan nasihat doktor, sila rujuk entry lepas atau klik di sini.
Aktiviti seperti ini memang banyak dan semakin berleluasa. Di pasar malam pun ada yang menjual pil steroid dan juga ubat antihistamin chlorpheniramine secara bebas tanpa ada kawalan. Penjual mempromosi ubat ini sebagai penawar resdung mujarab.
Hal ini berlaku kerana adanya permintaan dan kurangnya pengetahuan di kalangan pengguna terutama penduduk-penduduk di luar bandar dan pedalaman mengenai pentingnya mengguna ubat yang berdaftar dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk mengetahui ciri-ciri produk berdaftar, sila klik di sini.

0 Comments: